Sulaman, Sublimation, silkscreen, heatpress, baju berfesyen, pakaian seragam, cadar dan pelbagai lagi mengenai perkhidmatan pakaian. semuanya anda boleh dapatkan di kilang baju Dataran Legasi!

Zaman sekarang, teknologi telahpun menjadi sebahagian daripada hidup kita. Apa yang kita makan, di mana kita berada… semuanya mesti dimuat naik di sosial media. Apatah lagi dengan trend ‘Outfit of the Day’ atau OOTD, sudah pastilah kita mahu sentiasa kelihatan cantik dan kemas, betul tak?

Lebih-lebih lagi apabila kita mengadakan sesuatu acara, majlis atau program beramai-ramai… haruslah berhias dengan pakaian seragam untuk sesi bergambar secara berkumpulan, bukan??

Dataran Legasi SDN BHD merupakan sebuah kilang baju yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan pakaian seperti customade Tshirt, pakaian seragam, baju korporat, pakaian kasual serta upah jahit secara pukal pada harga yang murah. Malahan,  kami juga menyediakan servis penghantaran terus kepada pelanggan kami. 

Sebagai pengguna, anda berhak untuk mendapatkan hanya servis dan produk yang terunggul dan berkualiti. Oleh sebab itu, semestinya Dataran Legasi merupakan pilihan yang terbaik untuk menjadi supplier pakaian anda! Mengapa mesti kilang Dataran Legasi?

Pertama sekali, kami memiliki kakitangan yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran dalam sektor fabrik dan pakaian yang amat mementingkan ketelitian dan kualiti setiap pakaian yang dihasilkan. Adalah menjadi keutamaan bagi Dataran Legasi untuk memastikan kepuasan anda sebagai pelanggan sentiasa terjamin.

Seterusnya, anda juga tidak perlu risau berkenaan harga tempahan dan pakaian. Kilang baju ini menyediakan harga yang sangat berpatutan serendah RM38 menggunakan fabrik ‘comb cotton’. Kami juga menyediakan pelbagai jenis fabrik lain mengikut pilihan dan bajet anda.

Kilang baju yang mempunyai keluasan lebih 3000 kaki persegi juga dijalankan oleh 25 tenaga kerja yang mahir dan separa mahir untuk memastikan setiap tempahan yang dibuat berada dalam keadaan yang sempurna serta berkualiti.

Bukan itu sahaja, berdasarkan pengalaman Dataran Legasi yang mampu mengeluarkan sebanyak 5000 helai baju korporat setiap bulan, anda pasti berasa yakin dengan kecekapan dan kepantasan kilang ini menyiapkan tempahan anda. Perkhidmatan jahit pukal pun boleh disiapkan pada jangka minima selama 2 minggu sahaja! 

Dataran Legasi menggunakan mesin berteknologi tinggi untuk menjahit pakaian-pakaian tempahan bagi menjamin kelancaran penyediaan pakaian yang ditempah agar ianya dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Antara mesin yang digunapakai di kilang ini adalah mesin jahit industri, mesin jahit tepi & ‘coverstitch’, mesin pemotong baju, set seterika industri, set rak & rel pakaian. Dengan menggunakan bantuan teknologi, kilang kami dapat menghasilkan perkhidmatan menjahit pada skala yang besar dengan konsisten tanpa mengurangkan kualiti.

Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan t-shirt di Dataran Legasi, pelbagai jenis Teknik  dan rekaan yang boleh anda pilih mengikut kesukaan dan kemahuan anda.

Di Dataran Legasi, anda boleh memilih sendiri jenis printing yang anda mahukan untuk pakaian tempahan anda. Pilihan yang ditawarkan di kilang baju ini termasuklah reka bentuk custom, percetakan silkscreen, heat press, sulaman,, sublimation dan percetakan direct to garment atau lebih dikenali sebagai DTG.

Bagi perkhidmatan reka bentuk custom, anda disarankan supaya menyediakan terlebih awal ciri-ciri baju yang anda inginkan, seperti tulisan, logo dan warna. Sekiranya anda tiada idea ataupun kekurangan skil untuk mengilustrasi bayangan anda, pereka grafik di Dataran Legasi sentiasa bersedia untuk membantu menyelesaikan masalah anda.

Seterusnya, servis percetakan silkscreen di kilang baju  kami sangat sesuai sekiranya anda merancang untuk membuat pesanan dalam jumlah yang besar. Perkhidmatan percetakan silkscreen merupakan kaedah paling ekonomi dalam memastikan penghasilan baju anda cantik dan berkualiti tinggi. 

Dataran Legasi juga menawarkan perkhidmatan percetakan heat press di mana kami mencetak imej ke atas fabrik menggunakan teknik pemindahan haba. Kaedah ini digunakan untuk menjamin kualiti gambar, lebih-lebih lagi grafik yang berwarna-warni.

Selain daripada itu, kami juga menawarkan perkhimatan sulaman benang dengan menyulam bentuk rekaan yang diingini pada pakaian pilihan anda. Pakaian bersulam khas ini pasti menimbulkan rasa eksklusif sepanjang masa anda memakainya!

Perkhidmatan sublimation turut disediakan di kilang baju kami. Kaedah percetakan ini dilakukan dengan memejalwap pewarna untuk menghasilkan cetakan berwarna penuh yang berkualiti tinggi. Reka bentuk yang diingini kebiasaannya akan dicetak pada kertas high-release sebelum dipindahkan ke atas pakaian menggunakan haba dan tekanan.

Akhir sekali, Dataran Legasi menawarkan perkhidmatan percetakan direct to garment atau DGT. Percetakan DGT ialah teknik baharu yang hanya memerlukan kerja-kerja persediaan secara minimal untuk menghasilkan cetakan berkualiti tinggi pada harga yang lebih rendah berbanding dengan kaedah silkscreen.

Jika anda berminat untuk berurusan dengan Dataran Legasi ini, anda boleh ikuti laman Facebook mereka, “Kilang Baju Murah” dan Instagram kami , @Dataran Legasi untuk melihat contoh-contoh projek dan tempahan yang telah kami  laksanakan.

 Untuk maklumat yang lebih lanjut berkenaan organisasi kami anda boleh terus melayari laman sesawang kami  di https://dataranlegasi.my/.

Untuk membuat tempahan, anda hanya perlu mengisi borang tempahan di laman sesawang tersebut, atau hubungi mereka secara langsung melalui Whatsapp+ di +60189235508.

Anda juga boleh melawat ibu pejabat kami yang beralamat di  No 18-2, Jalan Puteri 2A/2, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor yang beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, dari 8.30 pagi hingga 5 petang.

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share

© Copyright 2021 Dataran Legasi

Powered by Jom.com.my