Perkhidmatan print baju kini boleh didapati di mana-mana sahaja. Namun diakui agak sukar untuk dapatkan perkhidmatan print baju murah. Anda tidak perlu risau! Di Dataran Legasi , anda boleh dapatkan baju dengan reka bentuk dan corak yang anda inginkan dengan harga serendah RM38. Walaupun perkhidmatan print baju murah ditawarkan, namun kualiti akhir masih tetap diutamakan. Namun, mengapa kami  mampu menyediakan perkhidmatan print baju murah?

Bagi menjamin kualiti yang bakal ditawarkan kepada pelanggan perkhidmatan, proses pengeluaran dikendalikan oleh 25 orang pekerja mahir dan separa mahir yang arif tentang selok-belok kerja mereka. Mereka adalah kakitangan terlatih yang amat mementingkan ketelitian dan kualiti pada setiap pakaian yang dihasilkan, serta mempunyai pengalaman terbaik dalam proses menghasilkan rekaan baju mengikut kepuasan pelanggan.

Pekerja terlatih, dibantu dengan mesin-mesin canggih pastinya memberi impak kualiti yang optimum. Di Dataran Legasi terdapat mesin jahit industri, mesin jahit tepi dan ‘coverstich’, mesin pemotong baju, set seterika industri dan sebagainya. Jadi tidak hairanlah Dataran Legasi dapat menghasilkan sehingga 5,000 helai baju daripada pelbagai jenis fabrik berkualiti dan fesyen menarik dalam sebulan. 

Dengan keluasan premis sehingga melebihi 3,000 kaki persegi dan menggunakan mesin-mesin jahitan, cetakan dan sebagainya yang berkualiti ini, ia mampu memberi ruang pekerjaan yang kondusif kepada setiap kakitangan sekali gus membantu mempercepatkan proses penghasilan baju yang ditempah oleh pelanggan. Ini dalam masa yang sama menjadikan kakitangan mampu bekerja secara kreatif dan dapat meningkatkan kepuasan pelanggan dengan idea-idea luar kotak terutamanya dalam percetakan baju dan pakaian berfesyen. 

Walaupun Dataran Legasi menjalankan perniagaan secara pukal, akan tetapi mereka juga menerima tempahan pada kadar minimum sehingga 10 helai. Jadi tidak hairanlah banyak pelanggan setia di Dataran Legasi. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan print baju murah dengan kualiti terbaik walaupun dalam kuantiti yang sedikit.

Setiap pelanggan Dataran Legasi akan dilayan dengan sebaik mungkin. Ini termasuklah membuat kunjungan ke pejabat atau firma pelanggan bagi mendapatkan ukuran badan dalam penghasilan baju secara ‘customize’ untuk baju korporat dan uniform. Ini bagi memastikan setiap baju yang dihasilkan bersesuaian dengan saiz dan bentuk badan serta pastinya selesa dipakai. Walaubagaimanapun ukuran mengikut baju sedia ada pelanggan turut diterima.

Selain print baju murah, pakaian korporat dan T-shirt, kami  juga menerima tempahan untuk  pakaian lelaki dan wanita berfesyen, tudung shawl, bawal dan instant bagi wanita serta jubah lelaki dan wanita. Kami juga turut menerima corak dan reka bentuk pakaian yang diketengahkan oleh pelanggan sendiri. Pendek kata Dataran Legasi adalah ‘one stop center’ bagi mencapai keselesaan yang maksimum dalam berfesyen.  

Rata-rata pelanggan amat berpuas hati dan menjadikan Dataran Legasi sebagai salah satu pembekal print baju murah bagi kegunaan peribadi dan juga badan-badan korporat. Kualiti jahitan yang ditawarkan seakan-akan butik-butik mewah bertaraf lima bintang. Pemilihan material fabrik yang berkualiti, tidak panas, tidak jarang serta bersesuaian dengan identiti atau tujuan pakaian terbabit oleh kakitangan berpengalaman Dataran Legasi meningkatkan lagi kepuasan para pelanggan. 

Sejak tahun penubuhan iaitu sekitar tahun 2016, Dataran Legasi Sdn. Bhd. telah pun berdaftar dengan Kementerian Kewangan dengan misi menjadi pembekal baju korporat, T-shirt dan pakaian seragam yang utama di Malaysia. Oleh itu kami  sentiasa bersedia dengan jaminan kualiti yang terbaik dan mencapai tahap yang diperakui oleh agensi-agensi kerajaan dan juga sektor berkaitan. 

Di sini kami akan cuba memberi cadangan dan tunjuk ajar kepada pelanggan yang datang memandangkan kakitangan lebih mengetahui apa yang terbaik dan bersesuaian termasuklah harga yang ditawarkan adalah sentiasa berpatutan dan dalam lingkungan bajet yang pelanggan berikan. 

Bukan sahaja menyediakan perkhidmatan print baju murah, Dataran Legasi juga menyediakan perkhidmatan menjahit pakaian berfesyen lelaki dan wanita secara pukal. Ini amat membantu terutamanya bagi anda, usahawan yang ingin membuka kedai pakaian atau butik namun tidak dapat mencari pembekal  atau tukang jahit terbaik bagi produk anda. Malahan Dataran Legasi juga turut mahu membantu anda dengan menyumbangkan idea berkenaan fesyen yang ingin diketengahkan serta pemilihan jenis kain yang berkualiti dan bersesuaian dengan identiti yang ingin diketengahkan.

Kami  juga sentiasa berusaha menjadi ‘role model’ terutamanya kepada usahawan-usahawan bumiputera yang baharu mula bertapak dalam bidang seumpama. Mereka mengalu-alukan kerjasama di antara pemain-pemain industri yang lain, sekali gus memantapkan lagi Dataran Legasi di pasaran Malaysia. 

Rata-rata pelanggan amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan baik dari segi jahitan, sulaman, jenis fabrik yang diketengahkan, yang sentiasa pada harga yang murah dan berpatutan. Semua pelanggan yang menempah dapat dihubungkan memandangkan tempahan boleh di buat melalui aplikasi WhatsApp dan penghantaran produk sehingga ke seluruh Malaysia.  

Setiap tempahan juga akan diselesaikan sebaik mungkin, dengan memastikan segala faktor diambil kira. Bukan hanya daripada segi kualiti produk, malahan tempoh masa setiap tempahan perlu disiapkan sebagaimana yang dipersetujui, diikuti sebaik mungkin. Pelanggan  yang berminat perlu memastikan mereka menempah dengan kadar yang segera dan pastikan tidak pada saat-saat akhir untuk mengekalkan kualiti produk sebagaimana yang dijanjikan. Pendek kata, kepuasan pelanggan dan kualiti jahitan adalah keutamaan di Dataran Legasi.Jadi dapat disimpulkan disini bagaimana Dataran Legasi Sdn. Bhd. dapat menghasilkan print baju murah. Mereka begitu komited dalam melaksanakan tanggungjawab mereka bagi memastikan pelanggan sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Disebabkan itu, semua kakitangan dipertanggungjawabkan menghasilkan produk terbaik. Bukan keuntungan sementara yang diharapkan, namun sentiasa kekal relevan di hati pelanggan adalah satu kemestian.

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share

© Copyright 2021 Dataran Legasi

Powered by Jom.com.my