Keadaan ekonomi semasa mewujudkan kerancakan sektor keusahawanan. Saban hari, makin ramai usahawan dilihat dalam pelbagai industri seperti pakaian, tudung, dan pelbagai lagi. Pernahkah anda terfikir, di mana agaknya mereka membuat tempahan servis jahit pukal pakaian yang akan dipasarkan? 

Pasti ramai yang sudah tahu akan servis jahit pukal yang kini menjadi perhatian di Malaysia. Lebih-lebih lagi buat usahawan yang baru ingin bertapak dalam dunia perniagaan. Tentunya mereka belum mempunyai modal yang cukup untuk memiliki kilang sendiri. Buat anda yang belum tahu akan hal ini, mari kita lihat apa itu servis jahit pukal terlebih dahulu. 

Servis jahit pukal ialah servis atau perkhidmatan menjahit pelbagai jenis pakaian dan fabrik dalam jumlah yang banyak bergantung pada keupayaan sesebuah kilang. Kebiasaannya ia menggunakan kos yang jauh lebih murah berbanding mengupah beberapa orang untuk menjahit atau membina kilang sendiri. Ia juga lebih efisien kerana mampu menghasilkan 1000 atau lebih unit dalam masa yang singkat. 

Terdapat pelbagai kilang yang menawarkan servis sebegini. Namun, sebagai usahawan baru, anda perlu bijak memilih kilang yang boleh dipercayai, berkualiti, dan produktiviti tinggi, agar anda tidak mengalami kerugian pada kemudian hari. Usah risau kerana Dataran Legasi bersedia membantu anda! 

Dataran Legasi Sdn Bhd telah bertapak di Malaysia sebagai salah satu syarikat yang menawarkan servis jahit pukal yang paling dipercayai di Malaysia sejak 11 Februari 2016. Ia dimiliki oleh bumiputera sepenuhnya dan telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia untuk memberi perkhidmatan pembekalan ke sektor Kerajaan dan agensi-agensi berkaitan. Hampir 5 tahun bertapak dalam industri ini, Dataran Legasi mempunyai enam cawangan termasuk ibu pejabat di Selangor, diikuti Johor, Kedah, Pahang, Sabah, dan Sarawak. Jika maklumat ini belum meyakinkan anda mengenai Dataran Legasi, jom kita lihat apakah kelebihan memilih servis jahit pukal oleh syarikat gergasi ini!

1. Mahir menjahit pukal pelbagai jenis pakaian

Terkenal dengan kepakaran menjahit pelbagai jenis pakaian, Dataran Legasi turut menawarkan servis jahit pukal untuk pakaian tradisional, pakaian korporat, sut, pakaian lelaki dan wanita berfesyen, serta pakaian seragam kerja, institusi dan sekolah. Anda tidak perlu khuatir akan kualiti setiap fabrik dan jahitan kerana mereka akan membuat pemeriksaan kualiti atau Quality Check secara teliti. Anda juga boleh menghubungi kami jika terdapat sebarang kesilapan pada jahitan. 

Selain itu, kami juga tidak mengehadkan servis mereka kepada jenis pakaian tertentu bahkan turut menerima tempahan untuk menjahit bahan seminar, cenderahati, peralatan dan keperluan pejabat, alat tulis dan peralatan sukan dan ukuran.

2. Keupayaan kilang bertaraf tinggi

Dataran Legasi Sdn Bhd juga yakin dengan keupayaan membekalkan pakaian atau tempahan yang banyak dalam waktu yang singkat berikutan mempunyai keupayaan kilang bertaraf tinggi. Mempunyai kilang berkeluasan lebih 3,000 kaki persegi dengan 25 tenaga kerja mahir dan separa mahir yang bersedia untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik. 

Oleh itu, kami mampu mengeluarkan sehingga 5000 helai baju korporat dalam tempoh sebulan. Pantas, bukan? Ia amat efisien bagi anda yang menginginkan hasil yang berkualiti tinggi tanpa perlu menunggu untuk tempoh yang lama.  

3. Mesin berteknologi tinggi

Dalam memastikan setiap produk atau jahitan yang dihasilkan adalah kemas, berkualiti tinggi, dan cepat, Dataran Legasi Sdn Bhd sentiasa menitikberatkan teknologi mesin yang digunakan. Mereka memastikan hanya mesin berteknologi tinggi yang digunakan di kilang mereka demi menjamin kepuasan pelanggan dan kualiti. 

Terdapat 5 jenis mesin berteknologi tinggi yang digunakan oleh syarikat kami termasuklah mesin jahit industri, mesin jahit tepi dan coverstitch, mesin pemotong baju, set sterika industry, serta set rak dan rel pakaian. Semua mesin ini bertujuan menghasilkan pakaian pada skala besar secara konsisten. 

4. Mahir dalam pelbagai servis jahitan

Apa yang lebih menarik di Dataran Legasi Sdn Bhd ialah mereka bukan sahaja pakar dalam servis jahit pukal, tetapi juga pelbagai servis jahitan yang lain. Ini termasuklah t-shirt embroidery dan printing. Kami mahir menghasilkan t-shirt printing dengan kaedah sublimation, direct to garment, silkscreen, dan juga heatpress. 

Bukan itu sahaja, kami juga menawarkan servis lain seperti customade, lori penghantaran, merchandise, upah jahit, baju korporat dan seragam, serta pakaian kasual. Dengan memilih Dataran Legasi Sdn Bhd, semuanya sudah ada di bawah satu bumbung. Mudah, bukan?

5. Cawangan yang meluas

Akhir sekali, Dataran Legasi Sdn Bhd juga mempunyai cawangan yang meluas di 6 buah negeri iaitu Selangor, Johor, Kedah, Pahang, Sabah, dan Sarawak. Ibu pejabat mereka terletak di Bangi, Selangor, manakala cawangan seterusnya ialah di Kluang, Johor. Ia diikuti oleh sebuah lagi cawangan di Alor Setar, Kedah, dan Kuantan, Pahang. Ia turut mempunyai cawangan di borneo dengan menempatkan sebuah cawangan di Kota Kinabalu, Sabah, serta, Kucing, Sarawak. 

Dengan adanya 6 buah cawangan ini, anda boleh memilih untuk pergi ke mana-mana cawangan terdekat atau berhubung dengan mereka secara atas talian. Pada masa yang akan datang, pastinya lebih banyak cawangan Dataran Legasi akan dibuka. Ini menunjukkan kredibiliti dan keupayaan Dataran Legasi Sdn Bhd sebagai sebuah syarikat gergasi. 

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan servis jahit pukal terbaik oleh syarikat Dataran Legasi Sdn Bhd, anda boleh mengisi boring tempahan dengan melayari laman sesawang kami di https://dataranlegasi.my. Terdapat pelbagai maklumat berkenaan syarikat mereka di sana serta alamat cawangan yang lebih terperinci.

Anda juga boleh menghubungi Dataran Legasi Sdn Bhd secara terus di talian 03-8210 4422 atau WhatsApp +60108178082 atau emel ke info@dataranlegasi.com atau sales@dataranlegasi.com. Anda juga boleh mengikuti kami di laman sosial Facebook: Kilang Baju Murah dan Instagram: dataranlegasi.my 

Ayuh bina legasi anda bersama Dataran Legasi!

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share

© Copyright 2021 Dataran Legasi

Powered by Jom.com.my