T-shirt printing yang digunakan di Dataran Legasi Sdn. Bhd. adalah teknik cetak silkscreen, heatpress, sublimation, percetakan secara terus (direct to garment); DTG serta teknik sulaman. Bagi para pelanggan yang ingin menempah baju-baju anda di Dataran Legasi., anda mungkin masih tertanya-tanya tentang teknik-teknik T-shirt printing yang digunakan seperti di atas. Jadi, dalam penulisan kali ini mari kita cuba berkenalan dengan teknik T-shirt printing yang diguna pakai.

Penggunaan blok dalam teknik cetak silkscreen yang dihasilkan di Dataran Legasi ini, memberikan efek terbaik terhadap produk yang dihasilkan. Kualiti yang diperhalusi semasa membina blok teknik cetak silkscreen menjadikan T-shirt printing di Dataran Legasi, antara yang terbaik yang pernah dihasilkan. Teknik silkscreen adalah satu teknik percetakan yang menggunakan skrin stensil kasa yang biasanya pereka-pereka di sana sering bereksperimentasi dengan efek corak dan warna-warna terkini.

Bagi teknik T-shirt printing silkscreen ini, ia akan menggunakan beberapa stensil untuk menghasilkan kesan yang berbeza corak dan warna pada permukaan baju. Corak dikehendaki dilukis pada bahagian tengah stensil. Dengan bantuan emulsi sensitif cahaya, stensil yang sepadan dengan gambar yang diingini dapat dihasilkan. Pita pelekat dan vinil digunakan bagi menutupi bahagian-bahagian yang tidak dikehendaki. Dakwat atau warna yang berbeza akan digunakan untuk memberikan efek warna yang terbaik pada permukaan baju pelanggan. 

Antara kelebihan teknik T-shirt printing silkscreen ini adalah, ia amat sesuai digunakan untuk menghasilkan efek T-shirt printing pada baju secara pukal dengan saiz corak atau gambar yang agak besar. Ideal untuk digunakan pada permukaan baju kapas dan poli-kapas. Gambar atau corak yang dihasilkan melalui teknik ini lebih tahan lama walaupun baju dibasuh berulang-ulang kali. Ini disebabkan ia mengalami proses pengeringan warna melalui pemanasan. Efek warna yang dihasilkan juga tampak terang dan tajam walaupun dicetak pada baju yang berwarna gelap.

Teknik T-shirt printing heatpress pula menggunakan sejenis kertas dipanggil kertas pindah haba atau ‘heat transfer’. Corak atau gambar yang dikehendaki akan dicetak pada kertas ‘heat transfer’ menggunakan mesin pencetak. Kertas ‘heat transfer’ itu kemudiannya akan di tekap pada permukaan baju yang dikehendaki dan ditekan ke permukaan baju tadi dengan menggunakan sejenis mesin penekan haba atau ‘heat press machine’. Apabila proses heatpress selesai, kertas ‘heat transfer’ ini perlu ditanggalkan. Ia akan meninggalkan corak atau gambar pada permukaan baju tersebut. Teknik ini amat murah dan melalui proses penghasilan yang lebih mudah dan ringkas. Teknik T-shirt printing Sublimation  pula hampir sama dengan teknik heatpress, iaitu mengalami proses yang hampir sama; mencetak corak atau gambar yang diinginkan pada kertas khusus. Dalam teknik sublimation ini kertas sublimasi atau ‘sublimation paper’ digunakan dengan mencetak corak atau gambar yang dikehendaki pada kertas tersebut dan kemudiannya di tekap pada baju dan seterusnya ia ditekan ke permukaan yang dikehendaki pada baju.

Namun bagi teknik T-shirt printing Sublimation ini ia menggunakan dakwat sublimasi atau ‘sublimation ink’ di mana apabila dakwat ini terdedah kepada haba ia akan bertindak balas membentuk gas yang akan menyebabkan ia meresap secara kekal ke dalam bebenang baju poliester. Apabila ia sejuk ia akan kembali membentuk pepejal semula dan memberi kesan secara kekal di dalam bebenang baju. Ia akan terlihat sebati dengan bebenang baju dan tahan lama di dalam fabrik, seakan-akan seperti tiada lapisan tambahan di atas pakaian.        

Selain itu, teknik ini juga sesuai pada permukaan keras contohnya pinggan, mug, permainan susun suai gambar, bekas makanan dan lain-lain. 

Jadi berdasarkan ciri-ciri teknik heatpress dan sublimation dapat di buat perbandingan di antara kedua-dua teknik ini dari segi beberapa aspek. Dari segi pengeluaran kos bagi kedua-dia teknik ini, teknik heatpress adalah lebih murah. Ia boleh dilakukan terus dengan penggunaan mesin cetak biasa, samada inkjet ataupun laserjet. 

Teknik sublimation pula lebih mahal disebabkan ia hanya boleh dijalankan dengan menggunakan bahan dan alatan tertentu seperti ‘sublimation paper’, penggunaan perisian komputer yang betul dan mesin pencetak atau ‘sublimation printer’.

Dari segi ketahanan teknik T-shirt printing sublimation dilihat memberikan ketahanan yang lebih lasak dan lama bagi corak atau gambar yang dicetak. Ia membenamkan warna yang digunakan terus ke dalam bebenang baju dan menjadikan ia seakan-akan fabrik itu sendiri. Lain pula dengan teknik heatpress dimana ia hanya sekadar corak atau gambar dilekatkan pada permukaan baju sahaja.  

Apa pula yang dimaksudkan dengan teknik direct to garment printing (DTG)?. Percetakan DTG adalah proses menggunakan pencetak inkjet yang diubah suai untuk menggunakan reka bentuk digital terus kepada kain. Dalam bahasa mudahnya anda menggunakan mesin pencetak bagi mencetak corak atau gambar terus kepada baju. Teknik DTG adalah teknologi yang agak baru, dan ia menghasilkan kualiti cetakan terbaik berbanding mana-mana kaedah yang telah disebutkan. Walau bagaimanapun, percetakan DTG bukanlah teknik T-shirt printing yang kos efektif untuk pesanan pukal.

Pastinya penggunaan teknik T-shirt printing DTG dilihat lebih menjimatkan masa. Berbanding teknik cetak silkscreen yang perlu disiapkan stensil yang bersesuaian dan menggunakan stensil yang banyak bagi menghasilkan efek warna dan corak yang terbaik. Walaupun kesan cetakan bagi teknik T-shirt printing DTG amat bersih, tepat dan kesan warna yang lebih menarik, namun penggunaan teknik silkscreen mempunyai ketahanan warna yang lebih tahan lama walaupun baju digunakan selalu. 

Teknik akhir iaitu teknik sulaman merupakan proses di mana benang dijahit terus pada kain atau apa sahaja material yang diinginkan. Sulaman logo adalah sulaman yang seringkali digunakan bagi pakaian seragam korporat terutamanya bagi memperkenalkan dan mempromosikan imej syarikat. Sulaman logo turut di buat pada jaket, topi,beg(bukan tenunan), dan facemask. Penggunaan teknik sulaman akan tampak lebih kemas, profesional dan rasmi. Di Dataran Legasi setiap teknik T-shirt printing yang akan digunakan akan mengambil kira pelbagai aspek samada dari segi kuantiti, bajet pelanggan, saiz corak atau gambar yang ingin dicetak, jenis fabrik, ketahanan dan sebagainya. Untuk kepuasan hasil produk , pelanggan disarankan untuk berbincang dengan kakitangan Dataran Legasi sendiri bagi memastikan setiap teknik T-shirt printing yang diguna adalah dipersetujui berdasarkan bajet dan kualiti yang anda inginkan. Kepuasan hati pelanggan adalah matlamat utama di Dataran Legasi Sdn. Bhd.

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share

© Copyright 2021 Dataran Legasi

Powered by Jom.com.my